tHIs Is miNE

Monday, October 25, 2010

lawak!!

Cerita 1

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas
kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7
Gemas.
Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."


Cerita 2

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin
bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita-cerita lawak

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri  : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri  : Buku bank abanglah..


Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????


Cerita 3  

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya  kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ……


 Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!! 

 Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
 


Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat
Posmen: “Assalamualaikum”
En. Sameon: “Walaikumsalam”
Posmen: “Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: “Ya saya”
Posmen: “Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni”
En. Sameon: “Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!”
Posmen: “Betul jugak yer!???”
 
Cerita 7

Orang Asli Dan Polis
Orang asli : selamat pagi tuan
Polis        : “Selamat pagi”
Polis        : “Apa hal?”
Orang asli : “Saya nak buat repot tuan”
Polis        : “Fasal apa tu?”
Orang asli : “Kawan saya di baham harimau”
Polis        : “Pukul berapa?”
Orang asli : “Dia tak pukul, terkam “
Polis        :”Habis?…”
Orang asli : “Tak habis, tinggal kepala..”
 
Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”“Dah tentu, ” jawab doktor.
“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.
 
Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…
 
Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.“Atok buat apa tu?”.“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawab atoknya.Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”


Cerita 11 

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”
Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”
Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”
Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”

Salah Paham

Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa Tam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg baru kehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!


NENEK TUA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Teh RM 1.00

Seorang lelaki singgah di sebuah warung 
dan 
memesan 
segalas teh ais... 
Sebentar kemudian teh pun sampai dan 
ketika dia 
hendak 
meminumnya dia mendapati ada seekor lalat 
sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia 
memanggil 
pelayan.... 

"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...
!" 

Dengan muka bad word si pelayan 
menjawab.. 
"takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda 
mengharapkan 
ada kambing di dalamnya..."

Sengal !!!

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai 
yang 
berhampiran dengan 
rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki 
bas 
untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia 
dapat membuat pasport baru untuk dirinya. 
Setelah hampir sejam menunggu 
diperhentian 
bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan 
bas 
itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan 
untuk 
berdiri sahaja sambil tangannya memegang 
gambar yang baru diambilnya di kedai tadi. 
Tiba-
tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas 
gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat 
duduk 
penumpang. 
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. 
Bila dia nampak gambar tadi berada di 
bawah 
tempat duduk seorang penumpang, Chot 
berkata, 
Kak...Boleh tolong angkat sikit kain yang akak 
pakai tu tak? Saya nak ambik 
gambar...